Tak lengkap bercuti ke Negeri Sembilan tanpa menikmati suasana pantai di Port Dickson. Mungkin ramai yang tahu dan tidak tentang nama pantai-pantai di Port Dickson ini.
Mendengar nama sahaja kita dah boleh agak nama Port Dickson mempunyai pengaruh British. Sebenarnya, Port Dickson mendapat nama daripada seorang pegawai tinggi British. Nama pegawai British tersebut ialah Sir John Frederick Dickson.
Buat korang yang selalu dan yang akan bercuti ke Port Dickson, jangan lupa ronda-ronda di sekitar Port Dickson. Jadi, mari kita lihat beberapa pantai yang cantik dan menarik yang boleh anda kunjungi di Port Dickson.
Pantai Bagan Pinang
Pantai yang sentiasa menjadi perhatian penggunjung luar disebabkan kawasan ini dikelilingi pokok-pokok rendang yang sesuai untuk berteduh.
Lokasi ini berada di Batu 3, Jalan Pantai.Pantai Bagan Pinang juga merupakan destinasi yang sesuai untuk beriadah, berkhemah mahupun melakukan aktiviti ‘hari keluarga’ kerana kemudahan awam yang terjaga, kerusi meja untuk berkelah dan juga parkir kereta yang tidak jauh dari pantai.
Pantai Saujana
Menjelajah ke Pantai Saujana atau juga dikenali sebagai Pantai Batu 4.Dengan keadaan pantainya yang luas dan pasir yang halus membuatkan ramai yang tertarik untuk bercuti di Pantai Saujana.
Pantai ini juga menarik sebagai tempat aktiviti riadah bersama keluarga. Korang juga dapat berkelah dan bekhemah bersama keluarga dan kawan-kawan di sekitar Pantai Batu 4. Pantai ini merupakan antara pantai yang popular selepas Pantai Teluk Kemang dan mempunyai kepanjangan pantai sejauh 1 km. Pantai Saujana bersebelahan dengan Pantai Cahaya.
Pantai Cahaya Negeri
Tak lengkap ke Port Dickson kalau tak OOTD dekat Pantai Cahaya Negeri. Buat korang yang mencari tempat OOTD memang wajib singgah!. Cantik sungguh lanskap dan pemandangan di sini. apatah lagi pada waktu senja pasti menarik perhatian sesiapa yang datang singgah.
Korang juga boleh melalui jambatan kayu dan sudah tentu, korang boleh mengambil banyak gambar yang berlatarbelakang pemandangan yang sangat cantik disitu.!
Kemudahan awam juga banyak disediakan disitu seperti parkir kereta dan pondok rehat untuk pengunjung. Pantai Cahaya Negeri juga menyediakan pelbagai tarikan seperti memancing dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Pantai Teluk Kemang
Ramai pelancong suka bercuti di Pantai Teluk Kemang ini. Kemudahan yang disediakan adalah lengkap disamping pelbagai aktiviti menarik yang menambah lagi kemeriahan pantai tersebut.
Pantai Teluk Kemang yang tidak pernah lekang dari kehadiran pelancong di hujung minggu. Boleh dikatakan pada setiap minggu pasti meriah dengan jumlah pelancong yang ramai datang dari awal pagi lagi.
Kebanyakan pelancong suka untuk pergi ke Pantai Teluk Kemang kerana terdapat beberapa hotel dan resort yang menarik di sekitar kawasan tersebut. Pantai Teluk Kemang juga ialah destinasi yang seronok kerana terdapat banyak gerai jual beli di situ. Daripada pelbagai aneka makanan, pakaian dan juga mainan untuk kanak-kanak.
Pantai Purnama
Pantai purnama atau juga dikenali oleh orang ramai sebagai Pantai Sri Purnama merupakan sebuah pantai yang menarik di tetapi tidak terlalu sesak dengan pengunjung (tidak sesak seperti di Pantai Teluk Kemang). Ini mungkin kerana kawasan pantai ini yang tersorok sedikit dari jalan utama.
Pantai ini sesuai untuk anda berkelah bersama keluarga atau rakan. Nak mandi laut pun tiada masalah. Memang seronok kalau nak bawak anak-anak ke sini. Anda boleh berkhemah jika mahu bermalam disekitar pantai dan pastinya seronok melakukan aktiviti BBQ.
Terdapat camping site yang selamat sekiranya korang tidak memilih bermalam di hotel atau rumah inap di Port Dickson.
Pantai Tanjung Biru
Pantai Tanjung Biru atau Blue Lagoon juga terkenal sebagai antara pantai yang bersih di Port Dickson. Ibu bapa boleh bawa anak-anak berkelah disini pada waktu cuti sekolah. Malah, pantai ini juga sesuai untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti berkelah bersama keluarga tersayang atau bersama rakan.
Kawasan pantainya tidaklah terlalu panjang dan ketika waktu cuti, kawasan pantai ini meriah dengan pengunjung yang mahu berkelah, berkhemah dan mandi manda disini.
Pantai Tanjung Biru juga berdekatan dengan Bukit Batu Putih yang menjadi tumpuan para pelancong untuk mendaki dan melihat pemandangan laut dari puncak yang pasti sangat cantik. Selepas turun mendaki, anda boleh singgah berehat di kawasan pantai sambil mendengar bunyi ombak yang tenang.
Pantai Cermin
Pantai Cermin yang terletak di Batu 10, Jalan Pantai, Port Dickson ialah sebuah pantai yang menarik. Dari pantai ini anda akan dapat melihat Lexis Hibiscus Port Dickson.
Pantai ini bertentangan dan berdekatan dengan Pantai Tanjung Biru. Jadi, anda boleh melawat dua pantai ini. Tempat yang tenang pasti sesuai untuk sesiapa yang ingin berehat untuk menghilangkan tekanan sambil mendengar bunyi deruan ombak.
Pantai Tanjung Gemuk
Namanya yang unik, Pantai Tanjung Gemuk juga salah satu pantai yang boleh anda lawati di Port Dickson. Pantainya agak kecil dan tiada kemudahan seperti tandas yang disediakan untuk para pengunjung. Oleh kerana itu, pantai ini tidak ramai dikunjungi dan mendapat perhatian.
Oleh kerana tiada kemudahan asas yang disediakan, Pantai Tanjung Gemuk ini lebih sesuai untuk anda yang datang sekadar untuk lepak sambil melihat pemandangan laut yang indah.
Terdapat hotel mewah berdekatan dengan kawasan pantai tersebut iaitu Grand Lexis Port Dickson. Kalau anda menginap di hotel ini, boleh singgah sebentar melawat kawasan pantai.
Jadi, pantai mana pilihan anda? Admin share beberapa nama-nama pantai yang ada di Port Dickson. Selamat Bercuti!
Selesai kami senaraikan beberapa pantai yang menarik di Port Dickson untuk anda dikunjungi. Korang boleh singgah ke TapaqKing Ikan Bakar yang berdekatan dengan pantai Batu 4 untuk menikmati makan tengah hari hingga ke makan malam korang di sini.
Jangan lupa follow kami di:
Facebook: TapaqKingIkanBakar
Instagram: TapaqKing
Website: tapaqking.com
Tiktok: @tapaqkingikanbakar